Assalamualaikum..
Sayang. Apa yang ada pada sayang. Apa yang kau faham pada sayang.? Apa yang kau harapkan pada sayang.? Apa yang kau tahu tentang sayang.? Jangan ucapkan 'aku sayang kau' jika kau tidak mampu memahami perkataan sayang. 'I sayang you, I sanggup redah lautan api.' Terjun dalam loji kumbahan dahulu, baru aku terima dan percaya sayang kau.
Sayang aku, tidak bertulis. Tidak seperti 'William Shakespeare' yang menulis puisi 'Sonnet 18' untuk mengabadikan sayangnya kepada si buah hati. Sayang aku, tidak bersuara. Tidak seperti 'Dato' Siti Nurhaliza' yang menzahirkan perasaan sayang melalui lagu kepada si arjuna hati. Sayang aku pada perbuatan. Sayang aku pada cara. Sayang aku, berleter bila aku marah pada kau. Sayang aku, membisu bila aku terasa hati dengan kau. Sayang aku, tegur bila kau salah. Sayang aku, ketawa dan tersenyum bila aku bahagia. Sayang aku, simpan dalam hati.
Definisi sayang aku adalah kasar. Ibarat ibu kucing yang sentiasa mengigit anaknya di leher untuk di bawa ke hulur ke hilir. Begitulah aku. Mungkin nampak janggal. Mungkin agak pelik. Namun itu adalah aku. Sukar untuk mendengar perkataan sayang dari mulut aku, tetapi dari caraku kau akan nampak semuanya.
Pada zahirnya mungkin kau lihat aku seperti belasan tahun yang sentiasa bergelak ketawa, merajuk, manja, cengeng selalu menangis dan kau lah si bahu, kau lah si telinga. Langsung tiada sifat matang. Bukan senang untuk melihat sifatku yang sebegini. Bila kau menjadi kesayangan aku baru kau akan mengerti. Sukar untuk aku percayakan sesiapa tetapi bila aku mula percayakan kau, fahamilah kau akan sentiasa menjadi keutamaanku. Hidup aku tak sentiasa senang. Banyak gunung dan bukit untuk di daki, namun jika kau turut serta, aku akan sentiasa bersama kau.
Jangan mudah ucapkan sayang jika kau tidak pasti. Jangan suka patrikan janji bila kau tidak yakin. Aku tidak percaya pada sayang yang dilahirkan oleh si mulut manis, kerana bagiku, perkataan tanpa perbuatan adalah sia-sia. Hidup aku sentiasa sibuk, tetapi fahamilah, sesibuk mana pun aku. Kau tetap di hati. Ini adalah definisi sayang aku. Mungkin agak kolot, mungkin agak baku. Namun, bila berbicara tentang sayang. Aku hanya berusaha memberi yang terbaik mengeksperikan diriku untuk kesayangan aku.Harap kau faham harap kau mengerti. :)
P/s : khas buat sahabat-sahabat dan yang tersayang. :)
Jaga diri dan selamat malam.
![]() |
| Senyum bahagia. :) |

No comments:
Post a Comment