hye hye peeps.!
A few past weekends, aku ada join satu kursus ni. masa dekat kursus tu fasi tu adalah main satu game dengan kita orang. Mula-mula aku rasa bosan nak join tapi sebabkan dalam group so aku terpaksa main juga. Lama-lama rasa game ni menyeronokkan and kita dapat kenal diri kita dengan lebih dalam. Okay, tak nak cakap banyak. Dah sedia nak tahu personaliti korang macam mana.? Jom.!
Okay bawah ni aku ada bagi choices dalam bentuk, so korang pilih yang mana satu korang suka okay.? :D
![]() |
| segi empat |
![]() | |
| segi tiga |
![]() | ||
| bulat |
![]() |
| ombak |
Segi Empat
Korang ni boleh dilabelkan sebagai orang yang sentiasa teliti dan tepat. orang yang sentiasa mementingkan fakta. Senang cerita, korang ni, takkan senang percaya apa yang orang cakap melainkan korang nampak sendiri atau dorang tunjukan bukti pada korang. Korang bukan jenis yang suka berkongsi, contohnya tak suka orang usik,pinjam atau pakai barang-barag korang. Suka buat kerja sendiri dan suka bermain dengan nombor. Korang lagi sesuai kalau kerja sebagai pegawai bank or akauntan. Hehe. Korang ni orang yang teratur, contohnya kalau kerja yang berkaitan dengan prosedur korang akan ikut benda tu satu persatu ikut arahan. Lebih dikenali sebagai seorang yang tegas. Hehe :)
Segi Tiga
Orang yang suka bentuk segi tiga ni boleh diklasifikasikan sebagai seorang pemimpin. Seorang yang garang. Korang jenis yang suka sorokkan perasaan korang and pretend macho depan orang lain. Hehehe, maksud aku, orang akan labelkan korang ni sebagai seorang yang ceria and free pepople. Sebab korang bukan jenis yang suka tunjukkan perasaan korang depan orang lain. Even tengah sedih sekali pun korang akan gelak-gelak and buat lawak depan orang. Orang segi tiga ialah orang yang suka mengetuai sesuatu perkara tapi orang-orang yang suka bentuk segi tiga ni tak boleh satu kumpulan. haaa nanti timbul satu perkataan iaitu, gila kuasa. Hahaha masing-masing berebut nak orang ikut cara dorang. So, hancusss. Korang jugak dilabelkan sebagai seorang pendendam. Bila ada orang buat korang marah ke apa, selama-lamanya korang akan ingat and takkan percaya orang tu lagi. huhuhu. :D
Bulat
Orang yang pilih bentuk bulat ni ialah seorang yang sosial. Sosial bermaksud dari segi berkawan. Korang ni jenis yang disenangi oleh orang lain. Pegi mana-mana pun akan senang dapat kawan. Korang jugak boleh dilabelkan sebagai seorang yang sensitif. Maksudnya, bila korang sayang orang, korang akan jaga diorang betul-betul, buat dorang happy and kalau ada sesiapa yang buat orang yang korang sayang, korang akan cepat marah. Tapi marah korang tak pernah lama. Maksudnya bila korang marah, sekejap je korang akan okay balik. Orang yang suka bentuk bulat ni, dorang ada style yang tersendiri. Dorang jenis yang simple dan gaya dorang sentiasa teratur. Boleh dilabelkan sebagai seorang pengikut. Maksudnya dorang lagi selesa mengikut atau menunggu daripada membuat satu keputusan. Hehe :3
Ombak
Lastly, ombak. Okay, orang yang suka ombak ni agak pelik sikit. Dorang ni lebih tepat kalau dilabelkan sebagai lalang. Hahahah maksudnya, dorang ni jenis yang cepat berubah-ubah dan tak tetap dengan sesuatu perkara. Hehe. Korang jenis yang suka enjoy and tak suka dengan komitmen. Korang bukan jenis yang selalu diam. Korang jenis yang kecoh dan akan menceriakan suasana kat mana je korang ada. Akan sentiasa dapat perhatian. Orang susah nak duga perangai korang ni sebab perangai korang boleh berubah-ubah. Susah nak buat keputusan. Hehe :)
So, itu je yang boleh aku kongsi sebab itu je pun yang aku tahu and yang aku dapat masa main game ni. Info ni tak semestinya tepat. Mungkin kena betul dengan perangai korang, mungkin tak. So, kalau kena sebiji maknanya betul la itu personaliti korang, kalau tak maybe ada salah info or something kat situ. Hehehe. So, mana satu bentuk pilihan korang.? Aku punya bulat. Hehehe. Sampai sini je yang aku boleh share, till then take care peeps and goodnight. :)
P/S; 6hb September hari tu birthday aku. Hehe thank you pada semua yang wish. May Allah bless you all. Tak lupa juga, to my lil' bro, wish you Happy Birthday (8hb September). May Allah bless you and may your dreams come true. Love you. :)
![]() |
| promote, lacey shawl by pearl zara. boleh visit facebook page Butik Pearl Zara :) |




