Wednesday, 24 April 2013

1 + 1 = gwiyomi.?

assalamualaikum.. hye peeps :)

wow.! dah lama rasanya tak menaip dan merepek dekat blog ni. it's been one month kot tak post apa-apa. #mood : excited hahaha :D okay, currently, aku sedang menghabiskan masa dekat rumah, melaka ku tercinta sayang intan payung segala lahhh.! hahahaha (cuti mid sem katakan. haha takyah mid sem sangatlah, naik cuti berlambak common test. huehhh (=.=")

so, perasan tak tittle aku tu.? word 'gwiyomi' tu menjadi trend kat Malaysia sekarang tak kira la yang muda atau yang tua (means yang berumur sikitlah bukan atok dan nenek semua tu) hahaha. 'gwiyomi' ni dah jadi 'hot topic' or more specific 'hot stuff' la since dia bukan just a word. so bagi sape yang tak taw lagi tu. ni che nak habaq mai ni. 'gwiyomi' or more specific 'gwiyomi player' ni sebenarnye dicipta atau diperkenalkan oleh artis Korea dari ahli kumpulan BTOB, Jung Ilhoon (as a rapper). perkataan 'gwiyomi' ni kalau kita 'translate' kan dia bermaksud cute/comel. so, in english its called 'cutie player'. alaahhh, bahasa pasar, orang cakap permainan/gaya yang comel comel gituuu. haaa *kalau tak paham lagi, aku pun tak taw nak terangkan cane. hahaha*


ni lah dia jung ilhoon.

okay, kalau nak bandingkan ilhoon ni dengan gwiyomi player dia tu. memang padanlah sebab karakter dia memang comel pon. aku pon minat jugak kat mamat ni. kalau dapat bf macam nii... eishhh. okay.! back to topic kita. hahahaha (jauh tersimpang plak. =.=" ) so, lepas popular gwiyomi player ni, tercetus pulak lagu 'gwiyomi song' yang dinyanyikan oleh Hari (artis korea jugak) berdasarkan gesture ilhoon ni tadi. korang boleh search lah kat youtube, memang banyak sangat orang post pasal gwiyomi ni. bagi aku, kalau budak kecil yang buat gwiyomi ni, aku pahamlahh. memang comel sangat and rasa nak gigit gigit je pipi dia. tapi kalau orang yang tak berapa nak budak buat... rasa nak bagi penampar je ade. hahahhaa. maksud aku, orang comel kalau buat okaylah, masalahnya yang tak berapa nak comel ni. dah kenape.???? (-,-)" kalau Ilhoon ni buat, dah tentu tentu la comel. kalau Hari yang nyanyi lagu gwiyomi ni dah tentu tentu suara dia best dan comel. so, bagi sesape yang kalau buat gwiyomi ni macam minta tendangan maut, kalau nyanyi gwiyomi song macam minta penumbuk 20 set, aku sarankan, tak payah la buat. buat seksa diri sendiri je kalau kena belasah. hahahahah (=.=)"

virus gwiyomi ni dah merebak dekat Malaysia ni dengan sepantas kilat. aku dari suka tengok ilhoon ni punya video gwiyomi sampai nak tengok balik pun menyampah. hahaaha. okay, sebenarnya aku takdelah simpan dendam ke hape kat benda alah nama gwiyomi ni. yang aku pelik, kenape orang Malaysia ni lagi suka mengagungkan budaya negara lain. aku takdelah cakap aku ni bajet bagus. kalau cakap budaya yang ada kat Malaysia ni memang banyak and aku pulak memang takdelah bagus sangat nak mengamalkan budaya Malaysia ni tapi aku tengok anak-anak muda melayu ni makin senang terpengaruh dengan budaya-budaya negara lain. mula-mula aku tengok member member aku buat gwiyomi ni aku terima lagi. sebab aku pikir, biarlah, maybe nak release tension kot. then 2 3 hari lepas aku jumpa ni.


tutorial gwiyomi.

see, dah siap ada tutorial. hahahaha. hebat tak hebat.? amik kauuu. sape yang rasa rasa dia comel sangat bila buat gwiyomi ni, belajarlah yeee. hahahaha. bila aku nampak tutorial ni, aku tersenyum and pikir bertuah betul sape yang sanggup habiskan masa buat gwiyomi ni. aku buat tak taw lagi. sebab aku pikir, hobi and minat lain lain. so, sape yang nak belajar benda ni memang hak dia la kan. aku cool je. then hari ni, aku jumpa ni pulak.


seriously.?

hahahaha. benda ni buat aku gelak gila. rasa macam... unbelievable.! seriously.? gwiyomi contest.? kamooooooooonlahhh.! =.=" banyak lagi kot jenis pertandingan yang kita boleh buat. out of all things, gwiyomi.?? nape tak buat harlem shake contest je.? oppa gangnam style maybe.? haishhhh, kadang kadang rasa macam tak masuk akal. faham tak ape yang aku cuba sampaikan.? nampak tak macam mana pengaruh gwiyomi ni merebak ke satu Malaysia sampai boleh jadi contest. kalau yang masuk nanti comel macam Ilhoon, suara best and cute macam Hari takpe jugak. hailaaa~ (=,=") *lupa nak promote, sape sape yang rasa dia comel sangat, bolehlah join contest ni ye. haha*

budak-budak sekarang nak nampak comel ajee. nak jadi cute ajee. cuba bayangkan, kalau gwiyomi player ni digantikan dengan permainan wau, congkak agak agak jadi trend tak sekarang ni.? hahahaahaha. memang taklah kan. benda yang tak nampakkan dorang comel or popular memang takde sape pon yang nak main. hahahahha. sampai bila benda ni akan jadi trend kat Malaysia.? aku pon tak pasti. dengan adanya syarikat syarikat besar yang menjadi penyampai 'trend' ni, aku rasa, benda ni akan jadi semakin popular yang mana akan menyebabkan pupusnya budaya-budaya yang sedia ada kat Malaysia ni.

aku takde niat ape-ape bila post entry ni. bukan niat aku untuk megutuk sesiapa atau membenci sesiapa. ini hanyalah sekadar luahan pendapat aku tentang trend yang semakin popular sekarang ni. bukan niat aku untuk berlagak baik atau hebat tapi hanya sekadar perkongsian bersama. so, say what you gonna say, do what you gonna do. hater will hate but it won't change who I am.

by the way, 1 + 1 is not equal to gwiyomi, it's equal to two.

till then, take care peeps and have a nice day. cheers. :)